![]() |
|
| :: SSBJ Penjana Atlet Bertaraf Dunia Bukit Jalil Sport School | |
|
Home
Profail Kalendar Laporan PIBG 2008 Carta Organisasi Jabatan Akademik HEM Sukan Kokurikulum Pra Universiti PIBG Pelajar Aktiviti Senarai AJK Peta Lokasi Akhbar Tempatan
Pautan
|
BeritaPosted by: Web Admin - 03/05/10 @ 4:11PM
Khamis, 4 Mac 2010 – PISMP IPG Semester 5 Ambilan Januari 2008 telah hadir mengadakan Lawatan Ilmiah Pengurusan Sukan. Tujuan lawatan sebagai memenuhi sukatan pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan serta memberi pendedahan lebih mendalam kepada guru pelatih tentang mata pelajaran tersebut. Rombongan lawatan adalah terdiri daripada 4 orang pensyarah dan 80 orang guru pelatih.
Posted by: Web Admin - 03/05/10 @ 4:08PM
Rabu, 3 Mac 2010 - Bahagian Penyelidikan dan Akademik ISN telah mengadakan satu lawatan kerja yang terdiri daripada empat orang pegawai. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan satu gambaran terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan peluang kerjasama antara SSBJ dan ISN dalam memajukan sukan serta menjana pembudayaan sukan berprestasi tinggi di negara ini. Posted by: Web Admin - 03/05/10 @ 4:04PM
Rabu, 3 Mac 2010 – Selaras dengan keperluan proforma Bina Insan Guru, pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SSBJ. Rombongan lawatan adalah terdiri daripada dua orang pensyarah dan 40 orang bakal guru. Posted by: Web Admin - 03/05/10 @ 3:47PM Isnin, 22 Februari 2010 – Program Sambutan Perayaan 1Malaysia telah diadakan di Dataran Wawasan SSBJ bermula pada pukul 8.00 malam. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan budaya integrasi antara kaum dan sebagai suatu aktiviti rasmi sekolah untuk meraikan perayaan-perayaan utama di Malaysia dalam satu masa.
Program Perayaan 1Malaysia ini telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Cawangan Pengurusan Sukan, Tuan Haji Jalaludin Othman.
Selain itu kehadiran selebriti dan pembaca berita, Ras Adiba Radzi telah menambah ceria program pada malam itu. Posted by: Web Admin - 02/14/10 @ 6:08PM Posted by: Web Admin - 02/06/10 @ 9:30PM
Sabtu, 6 Feb 2010 - Kem Bestari Solat telah diadakan di surau Khalid Al Walid SSBJ. Kem ini diadakan untuk membiasakan amalan sunat dan membuadayakan solat jemaah. Ia juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai asas solat seperti solat fardhu, solat berjemaah, solat Jumaat, Solat ketika sakit, dan solat Jama' dan Qasar. Seramai 60 pelajar muslim di SSBJ telah mengikuti kem ini. Pengisian kem ini telah disampaikan oleh guru SSBJ, Ustaz Sham Khairul bin Mohd Pilus. Posted by: Web Admin - 02/04/10 @ 2:40PM Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan untuk para guru SSBJ pada hari Khamis 4 Februari 2010. LDP tersebut adalah taklimat mengenai e-Disiplin bagi membincangkan masalah disiplin di kalangan pelajar dan kaedah penyelesaiannya. taklimat LDP telah diberikan oleh Guru Penolong Kanan HEM, En.Suhaimi Sun bin Abdullah dan juga Guru Disiplin, En.Huszaidi. |