![]() |
|
| :: SSBJ Penjana Atlet Bertaraf Dunia Bukit Jalil Sport School | |
|
Home
Profail Kalendar Laporan PIBG 2009 Carta Organisasi Akademik HEM Sukan Kokurikulum Pra Universiti Aktiviti Kemasukan ke SSBJ Senarai AJK Peta Lokasi Videos Hubungi Akhbar Tempatan
Pautan
|
BeritaPosted by: Web Admin - 03/07/10 @ 9:00AM Sekolah Sukan Bukit Jalil mengalu-alukan kedatangan Menteri Pelajaran Iran, T.Y.T Dr Hamid Reza Haji Babaei bersama 2 orang ahli parlimen dan beberapa pegawai kanan Kementerian Pelajaran Iran ke SSBJ pada 7 Julai 2010. Posted by: Web Admin - 13/06/10 @ 3:45PM Saturday June 12, 2010 Injury fails to prevent Farah Ann from bagging two more golds.
NATIONAL gymnast Farah Ann Abdul Hadi was carrying a back injury but she still managed to bag two gold medals more in women’s individual artistic gymnastics at the Dewan Politeknik Merlimau yesterday.
The 16-year-old Form Four student of Bukit Jalil Sports School (BJSS) finished on a high note to win a total of three gold medals, a silver and a bronze for Selangor.
Farah, who won the gold in the individual all-around on Thursday, emerged as the champion in floor exercise and the balance beam yesterday. She took bronze in the uneven bars.
On Wednesday, she was in the silver medal-winning Selangor team.
Farah scored 13.650 points in the floor exercise to finish ahead of two Malacca gymnasts – Tan Ing Yueh (13.250) and Nur Azian Irdahani (12.800). In the balance beam, she tied with Ing Yueh and team-mate Chan Sau Wah on 13.675 to share the gold medal.
Farah, who took up the sports eight year ago and came under the charge of Ukraine coach Natalie Sinkova, said that she suffered the pain in her back after winning the individual all-around competition.
“I was feeling uncomfortable today because of the pain but it did not stop me from giving my best and I am glad I won two more gold medals. I only won a gold in two previous Sukma,” she said.
Farah made her Sukma debut in Seremban in 2004 at the age of 10 and she won the balance beam gold medal in her maiden appearance in the biennial Games.
She did not feature in the next Games in Alor Setar in 2006 because of a knee injury.
In Terengganu two years ago, she was again a gold medallist, winning in floor exercise. Posted by: Web Admin - 31/05/10 @ 5:39PM Posted by: Web Admin - 01/04/10 @ 10:46AM
Minggu akademik Sekolah Sukan Bukit Jalil telah dilaksanakan dengan jayanya selama seminggu bermula 8 Mac 2010 hingga 12 Mac 2010. Minggu akademik ini merupakan aktiviti tahunan yang dirancang bagi merealisisasikan misi sekolah untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada atlet pelajar SSBJ. Sebagai meningkatkan tahap kesepaduan di kalangan murid dan guru, pihak pengurusan kurikulum sekolah menggabungkan aktiviti keempat-empat bidang akademik iaitu Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik, Bidang Kemanusiaan serta Bidang Teknik dan Vokasional bersama-sama Unit Bimbingan dan Kaunseling menjayakan minggu akademik dalam satu minggu.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah 1. Pertandingan bahas dan kuiz bahasa. 2. Eksperimen sains 3. Tayangan Video sains 4. Hari usahawan 5. Ceramah kerjaya
Majlis penutupan Minggu Akademik 2010 telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Sukan, Senik dan Kokurikulum, Pn Ee Hong.
Posted by: Web Admin - 23/03/10 @ 2:18PM Khamis, 11 Mac 2010 – Rombongan lawatan seramai 40 orang guru pelatih dan 2 orang pensyarah telah tiba pada pukul 9.00 pagi. Lawatan bertujuan memberi pendedahan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan kepada guru pelatih.
Taklimat dan sesi soal jawab telah dikelolakan oleh PK Sukan dan PK Kokurikulum. Posted by: Web Admin - 23/03/10 @ 2:07PM Rabu, 10 Mac 2010 – Bagi memenuhi keperluan kurikulum PJM3112, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, seramai 21 orang guru pelatih bersama seorang pensyarah telah mengadakan lawatan di SSBJ.
Rombongan lawatan telah tiba pada pukul 9.00 pagi dan diberi taklimat oleh Puan Pengetua. Posted by: Web Admin - 11/03/10 @ 2:58PM KEM KEPIMPINAN GEMILANG Ahad, 7 Mac 2010 – Dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dari aspek akademik dan ko-kurikulum, satu kem yang menggabungkan pemimpin-pemimpin pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pengawas dan pemimpin-pemimpin persatuan dan kelab kokurikulum telah diadakan di Hutan Lipur Gunung Datuk, Negeri Sembilan.
Kem sehari ini bertujuan untuk mencungkil potensi kepimpinan pelajar agar dapat menggerakkan secara maksima tugas dan aktiviti sekolah tanpa terlalu bergantung kepada bantuan guru. Selain itu kem ini juga memberikan pengalaman dan melatih pelajar bekerja dalam kumpulan.
Ekspedisi yang terdiri daripada 60 orang pelajar dan 10 orang guru memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Sebelum pendakian bermula, kumpulan pelajar telah dipecahkan kepada enam kumpulan dan diberi taklimat. Semua peserta ekspedisi telah berjaya menawan puncak Gunung Datuk pada pukul 1.00 tengahari.
Penolong Kanan HEM, En Suhaimi Sun telah hadir menyempurnakan majlis penutupan program pada pukul 5.00 petang. Semua peserta bertolak pulang ke SSBJ pada pukul 6.00 petang. Posted by: Web Admin - 05/03/10 @ 4:11PM
Khamis, 4 Mac 2010 – PISMP IPG Semester 5 Ambilan Januari 2008 telah hadir mengadakan Lawatan Ilmiah Pengurusan Sukan. Tujuan lawatan sebagai memenuhi sukatan pelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan serta memberi pendedahan lebih mendalam kepada guru pelatih tentang mata pelajaran tersebut. Rombongan lawatan adalah terdiri daripada 4 orang pensyarah dan 80 orang guru pelatih.
Posted by: Web Admin - 05/03/10 @ 4:08PM
Rabu, 3 Mac 2010 - Bahagian Penyelidikan dan Akademik ISN telah mengadakan satu lawatan kerja yang terdiri daripada empat orang pegawai. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan satu gambaran terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan peluang kerjasama antara SSBJ dan ISN dalam memajukan sukan serta menjana pembudayaan sukan berprestasi tinggi di negara ini. Posted by: Web Admin - 05/03/10 @ 4:04PM
Rabu, 3 Mac 2010 – Selaras dengan keperluan proforma Bina Insan Guru, pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur telah mengadakan satu lawatan penanda aras ke SSBJ. Rombongan lawatan adalah terdiri daripada dua orang pensyarah dan 40 orang bakal guru. |