![]() |
|
| :: SSBJ Penjana Atlet Bertaraf Dunia Bukit Jalil Sport School | |
|
Home
Profail Kalendar Laporan PIBG 2009 Carta Organisasi Akademik HEM Sukan Kokurikulum Pra Universiti Aktiviti Kemasukan ke SSBJ Senarai AJK Peta Lokasi Videos Hubungi Akhbar Tempatan
Pautan
|
BeritaPosted by: Web Admin - 11/03/10 @ 2:58PM KEM KEPIMPINAN GEMILANG Ahad, 7 Mac 2010 – Dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dari aspek akademik dan ko-kurikulum, satu kem yang menggabungkan pemimpin-pemimpin pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pengawas dan pemimpin-pemimpin persatuan dan kelab kokurikulum telah diadakan di Hutan Lipur Gunung Datuk, Negeri Sembilan.
Kem sehari ini bertujuan untuk mencungkil potensi kepimpinan pelajar agar dapat menggerakkan secara maksima tugas dan aktiviti sekolah tanpa terlalu bergantung kepada bantuan guru. Selain itu kem ini juga memberikan pengalaman dan melatih pelajar bekerja dalam kumpulan.
Ekspedisi yang terdiri daripada 60 orang pelajar dan 10 orang guru memulakan pendakian pada pukul 10 pagi. Sebelum pendakian bermula, kumpulan pelajar telah dipecahkan kepada enam kumpulan dan diberi taklimat. Semua peserta ekspedisi telah berjaya menawan puncak Gunung Datuk pada pukul 1.00 tengahari.
Penolong Kanan HEM, En Suhaimi Sun telah hadir menyempurnakan majlis penutupan program pada pukul 5.00 petang. Semua peserta bertolak pulang ke SSBJ pada pukul 6.00 petang. |