2
Statistics
  • Total Users: 84
  • Total Hits: 137,573
  • Total Visitors: 56,677
  • Total Photos: 36
  • Total Journal Entries: 24
  • Total Comments: 4
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 2
Main Menu
:: SSBJ Penjana Atlet Bertaraf Dunia Bukit Jalil Sport School
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 
Akhbar Tempatan


Pautan

Akademik

JADUAL WAKTU KELAS AKADEMIK

 Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran bagi atlet pelajar sekolah sukan bukit jalil.

Di Sekolah Sukan  Bukit Jalil, program akademik adalah berjalan seperti biasa sama seperti sekolah menengah yang lain. Para atlet pelajar di sini masih mengikuti silibus yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sedikit berbeza antara Sekolah Sukan Bukit Jalil dengan sekolah-sekolah lain adalah dari segi jadual waktu pembelajaran. 

HARI WAKTU
Isnin, Selasa dan Khamis

9.30 pagi - 2.40 petang,

8.30 - 9.50 malam

Rabu

7.30 pagi - 2.40 petang,

8.30 - 9.50 malam

Jumaat 9.30 pagi - 12.10 tgh

Sekolah Sukan Bukit Jalil telah memperkenalkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul bagi atlet pelajar tingkatan satu hingga tiga pada tahun 2008. Atlet pelajar tingkatan 4 dan 5 pula mula menggunakan modul pada tahun 2009. Tujuan modul ini dilaksanakan adalah untuk membantu atlet pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dalam pembelajaran kerana mereka sering tidak hadir ke kelas disebabkan menghadiri latihan atau pertandingan di luar Negara mahupun di dalam Negara. Sehubungan dengan itu, penggunaan modul ini dapat membantu atlet pelajar supaya tidak tertinggal dalam pelajaran dan dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik mereka disamping cemerlang dalam sukan.

 

Terdapat tujuh modul pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh atlet pelajar tingkatan satu hingga lima di mana setiap modul akan dihabiskan dalam tempoh lima minggu. Selepas lima minggu atlet pelajar akan menduduki penilaian modul. Berikut adalah jadual pelaksanaan dan penilaian modul.

 

Markah penilaian modul adalah seperti berikut:

 

Bil Modul Kedatangan Latihan Ujian Bertulis
1 1 hingga 6 10% 20% 70%
2 7 - - 100%

 

Jika atlet pelajar gagal dalam penilaian modul yang dilaksanakan, mereka akan mengulang semula modul tersebut sehingga lulus. Setelah lulus, maka atlet pelajar akan meneruskan modul yang berikutnya. 

 

Walaupun rutin seharian pelajar kelihatan sedikit padat namun, mereka masih cekal menghadapi tugas harian mereka iaitu berlatih dan belajar. Begitulah besarnya sumbangan yang telah disumbangkan oleh para pelajar mahupun warga pendidik sekolah ini dalam melahirkan atlet yang bertaraf dunia sejajar dengan visi sekolah iaitu Bersama Menjana Atlet Bertaraf Dunia.

 

This page last updated on 04/03/10 @ 4:05PM.
Copyright © 2010 Bukit Jalil Sports School. All rights reserved.  [Site Map]