AJK PIBG TAHUN 2010

LAPORAN PIBG SSBJ 2009
1. Mesyuarat AJK PIBG
Sehingga Disember 2009, AJK PIBG telah mengadakan mesyuarat AJK sebanyak 2 kali.
2. Kelas Bimbingan PIBG
Dengan kerjasama tenaga pengajar luaran dan dalaman, PIBG telah menganjur dan menyumbangkan wang tambahan bagi membiayai Kelas Bimbingan PMR dan SPM 2009. Peruntukan sebanyak RM 4400.00 telah ditampung oleh Kerajaan.
3. Program Dekat Di Hati Bersama PIBG SSBJ
PIBG telah menjemput Saudara Norashman Razak, putera Perdana Menteri Malaysia untuk program bacaan Yassin dan Tahlil di Surau Khalid Al-Walid dan majlis penyampaian bantuan kepada atlet pelajar SSBJ pada 28 Jun 2009.
4. Maljis Mohon Restu Pelajar SPM 2009
PIBG telah bersama menjayakan Majlis Mohon Restu untuk pelajar yang mengambil SPM 2009 yang turut dihadiri ibu bapa pelajar terlibat.
5. Majlis Solat Hajat PMR/SPM 2009
Pihak PIBG memberi sokongan penuh dalam manjayakan Majlis Solat Hajat PMR/SPM SSBJ 2009. Majlis tersebut yang diadakan pada 1 Oktober 2009 amat bermakna dengan kehadiran ibu bapa pelajar terlibat.
6. Mesyuarat Aktiviti PIBG : MAJLIS YOUNG OLYMPIAN NIGHT 2009
Beberapa mesyuarat telah dijalankan dan AJK-AJK yang terdiri daripada AJK PIBG dan Guru-guru SSBJ telah dilantik. Majlis tersebut berlangsung dengan lancar di Grand Ballroom Palace of the Golden Horses, Mines, Kuala Lumpur pada 6 November 2009. Tetamu Kehormat, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Bt Mansor isteri Perdana Menteri Malaysia, telah merasmikan majlis tersebut.
7. Hari Anugerah Gemilang SSBJ
Bersama-sama dengan warga SSBJ, PIBG telah membantu menjayakan Hari Anugerah Gemilang SSBJ pada 16 November 2009
8. Lain-lain Aktiviti/ Sumbangan PIBG.
PIBG SSBJ sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah, ibu bapa dan atlet pelajar SSBJ dalam menjayakan perkara-perkara berikut:
- Memberi bantuan dan sokongan dalam Program Kecemerlangan Akademik
- Memberi bantuan dan sokongan dalam Program Kecemerlangan Sukan
- Membantu atlet pelajar yang kurang berkemampuan sepanjang tahun.
- Memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah dan PIBG lain yang memohon bantuan.
9. Tahniah kepada Y.Bhg Tuan Hj Dom Amy Hussain, YDP PIBG SSBJ yang telah dianugerahkan pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.
Disediakan oleh,
(PUAN CH’NG ENG LIAN @ CECILIA)
SETIAUSAHA PIBG SSBJ
Tarikh : 18 November 2009