1
Statistics
  • Total Users: 84
  • Total Hits: 137,602
  • Total Visitors: 56,688
  • Total Photos: 36
  • Total Journal Entries: 24
  • Total Comments: 4
  • Members Online: 0
  • Guests Online: 2
Main Menu
:: SSBJ Penjana Atlet Bertaraf Dunia Bukit Jalil Sport School
Login Form
Recover Password
Account Sign-up
 Username
 
 Password
 
Akhbar Tempatan


Pautan

Profail

SEJARAH

Sekolah Sukan Bukit Jalil

Sekolah Sukan Negara, Bukit Jalil telah ditubuhkan pada 1 Januari 1996. Sekolah ini dibina  di atas tapak seluas 5.7 hektar (14 ekar) bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Tapak sekolah ini terletak dalam kawasan Kompleks Sukan Negara  dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negara, Malaysia. Perkataan “Negara” dalam  nama sekolah kemudian digugurkan kerana kerajaan akan membina beberapa buah sekolah sukan yang lain seperti di negeri Johor dan Sarawak. Sekolah sukan yang pertama dalam sejarah pendidikan di Malaysia ini, dikenali dengan nama Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Kuala Lumpur.

      Projek pembinaan sekolah sukan mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-6. Objektif penbuhannya ialah untuk mmeberi peluang kepada atlet-atlet yang masih dibangku sekolah supaya mendapat latihan yang lebih bersistematik dan menerima pendekatan sukan yang saintifik sepanjang tahun persekolahan mereka. Pemilihan atlet ke SSBJ dibuat melalui pencapaian cemerlang semasa kejohanan MSSM dan Ujian Pengesanan Bakat serta prestasi yang baik dalam akademik.

      Sekarang SSBJ menempatkan atlet dari Tingkatan 1 hingga Pra U bagi 28 jenis sukan termasuk 8 sukan teras. Kurikulum akademik masih mengikuti Sukatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia dan anjal menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Atlet yang Berjaya ke skuad Negara atau berpotensi akan diberi peluang mengikuti Program Prauniversiti-PraU selepas SPM.



PENGETUA SSBJ

   1.   EN RAMLI BIN MAIDIN                                                        (1  JAN 1996 – 15 JUN 1996)

   2.   TUAN HAJI ABDULLAH BIN ALI                                        (1  DIS  1996 – 31 OKTOBER 1997)

   3.   EN. AZHARI BIN AWANG MAT                                           (1  JAN 1998 – 15 APRIL 1999)

   4.   EN. JALALUDIN BIN HAJI OTHMAN                                 (16 JUN 1999 – 31 OKTOBER 2004)

   5.   EN. SAIDIN BIN OSMAN                                                     (1  JAN 2005 – 31 JULAI  2007)

   6.   PN. CHIN LENG SIM @ MARINA CHIN, AMN, PJK        (1 OGOS 2007 – SEKARANG)

                                    
MISI SSBJ

Menyediakan pendidikan dan latihan sukan berkualiti untuk melahirkan atlet pelajar bertaraf dunia
 
VISI SSBJ

SSBJ PENJANA ATLET BERTARAF DUNIA

OBJEKTIF SSBJ

• Menjana atlet berpetensi dan bertaraf dunia

• Memberi peluang kepada pelajar di Malaysia cemerlang dalam bidang sukan dan akademik

• Memupuk minat dan penglibatan sepanjang hayat dalam bidang sukan

• Menyampaikan maklumat kerjaya dalam industry sukan seperti Pegawai Pentabir Sukan, Psikologi Sukan, Jurulatih dan Pelatih.

• Mewujudkan satu asas untuk kajian asaintifik dalam bidang sukan

This page last updated on 18/03/10 @ 8:52PM.
Copyright © 2010 Bukit Jalil Sports School. All rights reserved.  [Site Map]